Cinta High Class (^_^).....

Cinta High Class (^_^).....
Rindu,Kasih dan Air Mata Hanyalah Untukmu Allah

Saturday 8 December 2012





Mereka kata aku USTAZAH kerana aku sentiasa bertudung labuh..
Mereka kata aku SOLEHAH kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
ALLAH sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?





Gadisku ... Sesungguhnya kejadianmu terlalu Unik , tercipta Tulang rusuk Adam daripada Yang menghiasi taman page - taman indah lantas menjadi perhatian hama kumbang bernyanyi . Kau umpama sekuntum bunga , aromamu yg menarik perhatian Bisa bernyanyi hama kumbang mendekatimu untuk Artikel. Namun ... bunga * Semua tidak Senang bernyanyi untuk Artikel didekati Oleh Duri lantaran hama kumbang Yang memagari diri , umpama mawar merah , USING sudah kejauhan terhidu keharumannya akan keanaeragaman Permasalahan panahan terserlah indah warnanya Yang mengundang kekaguman kepada sang hama kumbang .. tapi awas .. Yang Duri melingkari Bisa membuatkan dirinya menyanyikan beberapa hama kumbang berfikir sebelum mendekatinya .

Wednesday 5 December 2012

White, Animated Tahlil Flag - Islamic Widget by Alhabib

White, Animated Tahlil Flag - Islamic Widget by Alhabib

Mungkinkah Dia Imamku ???


  
 Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini.  Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini. 
Bilik Mesyuarat Pluto
"Macam mana Umar?", tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin.
Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah.
"Mungkinkah dia imamku?" Bisik hatiku penuh debar.
7 hari.
"Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi pekerja indonesia di sini."
"Erkk.. " Aku terkedu. Ya Allah, dekatkanlah dia padaku jika benar dia jodohku. Pada usia 32 tahun ini, hanya tawakal penguat semangatku. Aku yakin, pada ketika dan orang yang tepat, Allah pasti akan menjawab doaku.
Umar Budiharto. Itulah namanya. Baru ku tahu, dia itu berasal dari Bekasi, Indonesia. Cuma aku masih tak pasti apakah status dirinya. Selama ini tekadku, tak mungkin aku menjadi pemusnah kebahagiaan wanita lain.
Mengenalinya, aku rasa bagaikan sudah kenal lama. Tak sukar untuk mencari keserasian antara kami. Dia seperti aku, gilakan fotografi dan seni. Kami sering outing bersama teman-teman Kelab Fotografi. Dia buat aku selesa ,kerana solat tetap di jaga. Pesanannya selalu, mulakan walau sekecil apa pun kerja dengan Bismillah. Masakan tidak, tiga tahun di pesantren telah membentuk dirinya. Malah, sama seperti aku, dia juga memasang hajat membawa bonda dan ayahanda tercinta menunaikan manasik Haji.
Betapa sempurnanya lelaki ini di mataku. Hingga kini, soalan yang satu itu cuba kumatikan dalam benakku. Aku takut dengan jawapannya. Setelah rasa cinta ini membuak di dada, adakah mampu aku bertahan andai dia terhempas begitu sahaja. 
7 minggu
Telahanku benar. Sudah lima tahun dia berkahwin, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun tak pernah sekali pun dia mengatakan yang buruk tentang Kak Ayu, isterinya. Betapa bertuahnya kau kak. Oleh kerana tiada pelepasan majikan, Kak Ayu masih di Bekasi. Terpempan aku saat dia menyuarakan hasrat untuk mempertemukan aku dengan KakAyu. Adakah tega aku bertentang mata dengannya. Wanita yang bakal ku rampas separuh dari jiwanya. Pujukan Umar meyakinkan aku untuk bertemu. Ku salam dan ku cium tangan wanita itu. Dia tersenyum . Rupanya banyak yang telah Umar ceritakan tentang aku. Selepas berbasa basi, kak Ayu memulakan bicara.
"Akak rela berkongsi kasih. Mungkin ini cara Allah memberi rahmatNya.'
Sunyi. 
Haruskah aku gembira. Aku tak pasti. Antara prinsip dengan cinta dalam hati. Lama diam itu pengisi sunyi. Masing-masing dalam fikiran sendiri. Ku renung lembut wajah kak Ayu. Tulus wajahnya , setulus hatinya. Hujan di hatiku makin sarat. Dan entah dari mana datangnya kekuatan itu.
"Maafkan saya kak. Saya tidak pasti yang saya mampu ikhlas berkongsi kasih dengan akak. Apa mungkin memang Umar dijadikan sebagai pembela wanita, yang mampu menyebarkan cintanya buat kita berdua, itupun saya tak pasti. Berilah saya peluang untuk mencari ketenangan hati dan kekuatan diri. Mungkin ada baiknya kita tangguhkan dulu soal ini. Andai memang ini suratanNya."
Kaki terus ku bawa lari keluar dari KLCC. Empang air mata yang kutahan dari tadi, pecah akhirnya .
"Ya Allah. Aku tidak tahu , ya Allah... Tiada satu pun rahsia Mu dalam pengetahuanku. "
Makkah, 17 Ramadhan 1433H
Selesai sudah tawaf sunat ku. Aku menghela nafas. Alhamdulillah. Masih sudi Kau menerima aku sebagai tetamu Mu. Aku kembali pada Mu ya Allah. Ampunkan aku kerna selalu mencari cinta lain selain Engkau. Malunya aku. Kutundukkan wajahku , lalu bersujud. Aku redha atas segala ketentuanmu. Terimalah taubatku. Air mataku bercucuran. Hanya pada Tuhan Kaabah ini aku meratap. Biarlah kukhabarkan cintaku hanya padaNya.
'"Assalamualaikum Diba". Ku seka airmataku. Saat ku angkat wajahku, ku lihat dia. Ya, dialah lelaki itu. Dialah imamku. Terima kasih Allah.

Seronok Berukhuwah...: )

Assalamualaikum... Salam sejahtera n Salam 1 UkhuwwahFillah....

       Tibe2 rase rindu pulak nk tulis sesuatu kt blog niii... sebentar tdi di kampung ana dilimpahkan dengan hujan yg penuh dengan rahmatNya.... sambil termenung melihat kebesaran Ilahi Yang Maha Esa..
Rase rindu ni semakin dekat ..rasa ingin bertemu dengan mereka sahabat dan sahabiah yg selalu membantu dan memimpin ana utk berusrah bersama mereka...



sahabat2 ana di SMA Mahmudiah..


ana bersama ukuwwah yg bru terbina di PICOMS..
( kem jalinan kasih KRU picoms)



  Doaku Untukmu..:-

  Ya Allah....
" Kami bertemu ats dsr AQIDAH yg 1 , bernaung d bwah bndera LailahaIllah,dan hati kami diikat  UKHUWAH fillah , dengan membawa MISI Allah ddunia.., Wahai Sahabat b'hati mujahid, sematkanlah Kitabullah dan As-Sunnah dhatimu..,kilaukan pedang JIHAD ditanganmu , biarkn musuh2 dan Taghut e2 gentar, agar SYAHID jd kafanmu..,agar suatu hari tiba saat malaikat ,brung2 suci, kasturi mewangi,mengiringi ROHmu ,pergi mendapatkn RABBmu nun d Taman Hijau Tertinggi.." Ameen...


Tuesday 4 December 2012

10 PESANAN UTK ORANG BERCINTA


Assalamualaikum..Wahai sahabat seakidahku.,Dengarlah pesananan ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.





~Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA~

by: Akhawat Fadzilah Kasim...^_^ ANA UHIBBUKIFILLAH...



Monday 3 December 2012

Assalamualaikum... hi .. Salam perkenalan 
  
   Ismi Nurul Faraheen bt Mazlan..student of pharmacy at PICOMS.. x disangka2 hari ni dah masuk 6 blan sye blaja kt picoms @ brand name dye Pusrawi International Collage of Medical Scienses.. dimelayukan jadi Kolej Perubatan Antarabangsa Pusrawi..^_^

Sye blaja dlam bidang farmasi dan bakal menjadi Penolong Pegawai Farmasi ( eklusif x name dye..huhuhu...). Skarang ni tengah cuti sem baru abis final exam.. ni sye nk knl kn sahabat2 sye...jeng..jeng jeng...:-


merekalah sahabat2 sye..(housemate I..)


ni gambar bru abis orentasi...(muke pon lesu..)

Ni la kawan2 sye . merekalah yg selalu membantu sye setelah keluarnye sye ke dunia yg baru...org kate "Engkaulah teman , Engkaulah sahabat...huhuhuhu...ooo0o.oklaa.... setakat ni je mampu tulis dlm blog ni.. sorryy.. x de idea laa.. oraiiittt.. cau lu bro.. k

Wassalamualaikum....

La Tahzan... Allah kan ada..^_^


  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada          ketentuanNYA.     
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan  ALLAH. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan  kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk  mengalaminya. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  •  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat dan diriku yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..

 ♥ Kata-Kata Kebaikan ♥




Tiga Golongan Penuntut Ilmu


Menuntut Ilmu adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan di dalam Islam sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam satu hadis yang mahsyur :

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya : “Menuntut ilmu itu satu kewajipan atas setiap muslim". [Hadis Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh al-Albani]

Selain itu Allah juga menjanjikan kenaikkan darjat bu
at orang-orang yang berilmu sepertimana firmannya yang berbunyi :

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat…” [al-Mujadilah: 11]

Ayat al-Quran dan hadis di atas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya mencari ilmu pengetahuan malah ianya juga termasuk di dalam perkara ibadah yang dijanjikan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah saw:

ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

Maksudnya: “dan barangsiapa yang keluar berjalan mencari ilmu maka dimudahkan Allah baginya jalan ke syurga..” [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Hakikatnya pada zaman kini ramai manusia yang berlumba-lumba dalam menuntut ilmu tidak kira di mana sahaja mereka berada. Setiap orang mempunyai maksud yang tertentu dan agenda yang ingin dipenuhi dengan ilmu yang dituntut oleh mereka. Maka orang-orang yang menuntut ilmu ini bolehlah dikategorikan kepada tiga golongan.

Golongan Pertama :

Golongan yang pertama ini ialah orang yang mencari ilmu untuk bekalan di hari akhirat dan dia tidak menuntut ilmu melainkan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah dan supaya ilmunya menjadi bekalan yang berguna di hari pembalasan kelak. Golongan yang pertama ini tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung.

Golongan Kedua :

Golongan yang kedua adalah orang yang mencari ilmu untuk nikmat yang segera iaitu kenikmatan dunia berupa pangkat, kemuliaan dan harta benda sedangkan dia sendiri menyedari hal ini malah di dalam hatinya dapat merasai akan kejahatan yang sedang dilakukannya dan kehinaan maksudnya. Golongan ini termasuk di dalam golongan yang berada di dalam keadaan bahaya. Hal ini kerana jika dia tidak sempat bertaubat sebelum nyawanya dicabut, maka dibimbangi matinya nanti dalam keadaan “su’ul khatimah” dan urusannya di hari akhirat kelak terserah kepada kehendak Allah swt sama ada mahu memaafkannya ataupun menyeksanya. Tetapi jika dia mendapat taufiq hidayah daripada Allah lalu dia sempat bertaubat sebelum matinya dan sempat beramal dengan ilmu yang ada padanya dan membetulkan kembali apa yang telah dilakukannya maka orang ini bolehlah dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang beruntung kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Golongan Ketiga :

Golongan yang ketiga adalah orang yang telah dikuasai oleh syaitan kerana dia menjadikan ilmunya itu sebagai alat menghimpunkan harta benda, bermegah-megah dengan kedudukannya serta berasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmunya untuk menunaikan segala hajatnya serta untuk mengaut keuntungan dunia yang sementara. Walau bagaimanapun, dia masih terpedaya dengan sangkaan bahawa dia mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah kerana ia pada zahirnya menyerupai para ulama’. Dia bercakap seperti percakapan para ulama’ dan berpakaian seperti pakaian para ulama’ padahal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia. Orang seperti ini termasuk di dalam golongan yang binasa, jahil dan tertipu dengan helah syaitan. Golongan ini sangat tipis peluangnya untuk bertaubat kepada Allah swt kerana pada sangkaannya dia termasuk di dalam golongan orang yang baik sedangkan dia telah lupa pada firman Allah swt :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [As-Shaff:2-3]

Sebenarnya golongan ini termasuk di dalam golongan yang disabdakan oleh Rasulullah saw yang bermaksud 

“Selain daripada dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal. Lalu ada orang yang bertanya : Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi saw menjawab : Mereka ialah ulama’ su’ yakni ulama’ yang jahat.” [Hadis Riwayat Ahmad]

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berusaha supaya tergolong di dalam golongan yang menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah di samping menjadikan ilmu yang diperoleh sebagai bekalan buat hari akhirat supaya nanti kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, cuba untuk senantiasa memuhasabah diri sendiri di samping selalu memperbaharui niat kita di dalam menuntut ilmu. Ini kerana walaupun menuntut ilmu merupakan satu ibadah tetapi ianya juga boleh menjadi maksiat andai ianya dikuasai oleh nafsu ammarah bis-su’ dan juga bisikan syaitan yang direjam. Hal ini kerana syaitan menginginkan kita supaya melakukan kejahatan sedangkan kita mengira bahawa kita sedang melakukan kebaikkan. Begitulah bijaknya syaitan dalam memesongkan hati manusia.

Allah swt berfirman yang bermaksud : 

"Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya." [Surah Al-Kahfi : 103-104]

Akhirnya marilah kita bersama-sama mengamalkan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw :

Maksudnya :“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”[HR Muslim 4899]

Sumber rujukan : Kitab Bidayatul Hidayah Karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali

Allahu’alam.